Dah lama tak dengar berita dari Mak Dara sorang ni..maklum le orang sibuk..sekejap ada kat Temerluh..hujung minggu menjenguk cik suami nun diutara..tup..tup..dapat panggilan darinya..maukan kek untuk meraikan perpisahan teman sekerja..biasalah along ni..peminat coklat..tidak berkira dan tidak kisah tentang design tapi mesti sedap..mahu serba serbinya coklat..entah kenapa hari itu aku maukan kek ini terasa keaslian coklatnya..untuk kek nya aku menggunakan serbuk koko van houten dan untuk ganache aku tidak menggunakan cooking coklat biasa..aku gunakan jenama tulip yang terbukti keenakan dan aroma coklatnya..dikelingnya aku letakkan homemade coklat yang aku buat sendiri..kuntuman ros yang elok terletak amat menyenangkan sekali..didalamnya pula dilapisi dengan fresh krim yang dicampur coklat ..aduhai macam indulgence bagi mereka yang mementingkan rasa dan kualiti tak rugi membuang duit menempah kek ini...meminjam kata along..cik lina..kek sedap sangat,semua kawan-kawan puji...seberat dan sebesar ini harganya Rm 120 dan kecil sikit Rm 60..dan seberat dan sebesar ini juga yang menggunakan cooking coklat biasa harganya Rm 90 dan kecil Rm 50
COMEL TAK ANAK MAMA
14 tahun yang lalu