Lagi tempahan dari sikembar..farhana dan shukran..mereka ni anak saudaraku..tempahan dibuat pada pukul 10mlm dan mahu diambil pada pukul 8pg keesokkannya..aku cuba menghadkan kerja sebelum pukul 1.00pg..tak berapa boleh berjaga malam..darah tinggi bakal menyerang..dah tua begini segala penyakit datang tanpa diundang..kucuba siapkan seawal mungkin..nasib baik aku memang ada stok kek didalam freezer...yeah!!! on time
Rabu, 20 Oktober 2010
Dicatat oleh azlina aziz di 9:30 PG
Label: edible image
Aizah Natasya pernah datang dua tiga hari sebelum ini menempah kek untuk dirinya sendiri..kali ini datang lagi tapi menempah kek untuk anak angkat ibunya..kembar..mahukan kek edible image mickey and minnie mouse...tak tau design apa..inilah yang terlintas difikiran pada waktu itu...si mickey mouse berada didalam kebun bunga..suka tak tasya
Dicatat oleh azlina aziz di 8:49 PG
Label: edible image
Tempahan dari na,kami berjiran sebenarnya..na pernah order muffin dengan jumlah yang agak banyak dariku..datang menempah kek harijadi pula untuk anak bongsunya Farish..na datang kerumah satu pagi..berkenan dengan edible image Ben Ten yang memang ada dalam simpananku..campuran warna kegemaranku
Dicatat oleh azlina aziz di 8:19 PG
Label: edible image
Sabtu, 9 Oktober 2010
Ceria warna kek ni kan,saja aku campurkan warna yang terang sebegini,budak-budak..tempahan dari Peguam Puan Rozi,ada sedikit kekesalan dihati kerana gambar upin dan ipin itu agak kecil..lalu aku tepekkan disekeliling kek dengan gambar Naruto..mahukan perasa pandan..seingat aku ini dah masuk tahun kedua Puan Rozi menempah kekku melalui Faezah adikku yang bekerja di Pejabat Peguam Rama Rozi
Dicatat oleh azlina aziz di 8:51 PTG
Label: edible image
Dari Nurul salah seorang pelanggan setia..terlalu ramai orang yang dekat dihati bernama Nurul..senang cerita kalau Nurul ni..Nurul amri sebab suaminya sama kerja dgnku,Nurul Risda..Nurul Tj..Nurul kaunter...untuk harijadi anaknya Amira dan Aizad..teringat lagi pesannya..buat sedap-sedap ye kak na..setiap tempahan aku cuba sedaya upaya yang terbaik,cuma mereka menggemari atau menyukai atau tidak hasil kerja tangan aku..maklumlah kita dilahirkan tidak sama citarasa dan selera..aku terima seadanya komen dari pelangganku
Dicatat oleh azlina aziz di 8:28 PTG
Label: edible image
Dari kawan lama Cik Siti untuk anaknya Adam..mulanya mahukan edible image spiderman..tak de stok..disuruhnya aku melukis kartun artwork..dengan masa yang agak suntuk aku angkat tangan..perlukan ketelitian dan masa untuk melukis..aku akui modul kartun artwork memang bukan menjadi minatku..siti juga membuat rumah terbuka pada hari itu..sayang aku kerja malam..dia menempah seratus biji muffin coklat..rumah terbuka dia biasanya memang grand...tokeh besar wooo..
Dicatat oleh azlina aziz di 7:52 PTG
Label: edible image
Kedua-dua kek ini adalah dari tempahan orang yang sama..kerja satu bumbung dengan Ina jiran lama..masa Ina menempah aku On The Way ke kuala Lumpur melawat bapa mertua yang sakit..sampai sekarang masih belum sihat..mahukan edible image upin dan ipin..apalagi aku pun borong aje edible image kat yen..jadi dapatlah aku kurangkan harga kek sebab tiada kos penghantaran
Dicatat oleh azlina aziz di 6:54 PTG
Label: edible image
Khamis, 23 September 2010
Banyak kisah dengan tuanpunya kek ini..kami sekerja..ditempat kerja aku memanggilnya atan tapi aku lebih mengenalinya dengan panggillan yi..kali pertama menempah untuk anaknya..mahu meraikan pada hariraya kedua..memang banyak tempahan kek harijadi pada hariraya tahun ini..sukar untuk ditolak kerana ia datang dari mereka yang agak rapat denganku..berbalik pada kisah atan ni..kami sebenarnya kawan sekampung..arwah kakaknya adalah mak saudaraku..pernah bermain kejar-kejar sehingga jatuh dan parutnya masih berbekas dipipiku hingga sekarang..sukar dilupa kenangan sewaktu kecil
Dicatat oleh azlina aziz di 5:44 PTG
Label: edible image
Ahad, 18 April 2010
Sabtu, 26 Disember 2009
Ini pula tempahan dari Ya yang bekerja kat Kem Batu 3,kek choc moist dengan edible image..Ya memang ligat berniaga..raya puasa baru ni banyak dia order Benji Roll dan Prune Roll..aku memang tak cukup kakitangan bila tiba hari raya..kek ini memang laris..Dicatat oleh azlina aziz di 1:17 PTG
Label: edible image
tempahan dari siti untuk harijadi anak lelakinya Adam..kek edible image...sesiapa yang berminat dengan kek edible image tempahan mestilah dibuat seminggu sebelum tarikhDicatat oleh azlina aziz di 12:41 PTG
Label: edible image
kek edilble image ini tempahan dari adik aku Faizah,katanya tempahan dari boss untuk anak lelakinyaDicatat oleh azlina aziz di 12:26 PTG
Label: edible image
Jumaat, 25 Disember 2009
Ini pula untuk harijadi Fariz anak jiranku ina..kami sekeluarga memang geram dengan si Fariz ni..bulat dan gebu...selalu datang dgn mamanya melawat aku sedang buat kek..sekarang Fariz dah pindah..sunyi juga sebab Fariz dah lama tak datang kacau makcik na buat kekDicatat oleh azlina aziz di 9:58 PTG
Label: edible image





