? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
Memaparkan catatan dengan label kek perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek perkahwinan. Papar semua catatan

Jumaat, 11 November 2011

LAGI KEK HANTARAN...JOM LAYAN

Jom jamu mata dengan gambar2 kek hantaran...kepada pelanggan yg disayangi...maafkan saya kerana terlambat update dan terlupa milik siapa kek ini

Rabu, 9 November 2011

KEK HANTARAN YG MENGGUNAKAN BASE PUTIH

Dah tak ingat dari siapa..jom layan aje..bagi yang meminati warna putih sebagai warna latar...lembutkan

Selasa, 14 Jun 2011

KEK HANTARAN LAGI

Maklum cuti 2 minggu..ramai le yang naik pelamin dan rezeki juga bagi mereka sepertiku..jom layan..tema choc gold dari Huda utk pelanggannya...pink lembut dari Juliana dari pejabat Risda...lembut dan menyamankan..ramai yang memuji design kek ju..anyway thanks to both of you..

KEK HANTARAN

Alamak dah lupa dari siapa ye...apa yang mampu ada didalam memori ni..ia di tempah oleh seorang guru..alahai..minta maaf berbanyak cikgu...apa pun mari kita layan kek ni..menetapkan warna tema untuk kedua - dua pihak..design yang diambil dari blogku cuma ada perubahan sedikit...apa-apa pun selamat menempuh hidup baru

Isnin, 9 Mei 2011

TEMA OREN PUTIH

Cuma menetapkan warna tema sahaja...aku yang memang meminati mawar putih pun apalagi..berteriak kesukaan..dari Busana Pengantin Aida..latar ku warnakan oren dan sudah semestinya kuntuman mawar putih melingkari kek..puas sekali rasanya..tak sedar hari sudah larut malam..bau harum menusuk hidung..bau apa ya...bau kek laaaa

Isnin, 11 April 2011

DAMAINYA TEMA BIRU

Cuba cari kelainan..inspirasi dari alas meja..pada mulanya ingin kuletakkan bunga gumpaste tapi ketika itu keadaan tak mengizinkan aku kekedai..lalu ku letakkan sejambang ros putih..kepala benar - benar pusing..mamai benar..bayangkan aku sangkakan tepung jagung itu gula aising lalu kucampurkan kedalam 2kg aising..senang aje aku menyapu pada kek..smooth..terlintas dihati hendak merasa..aaaah tawar ..ku belek plastik...tertera tepung jagung..aduuuuh..masa agak terbatas nak tak nak..terpaksa membakar dan mendeko sekali lagi...macamana pun thanks Era

Isnin, 27 Disember 2010

PERTUNANGAN DILA DAN EZWAN

Pada mulanya Dila mahukan corak yang lain tapi pada suatu hari dia menaliponku mahu menukar fikiran..mungkin setelah meneliti gambar kek diblogku Dila menukar arah..kek berbentuk hati..tanda penyerahan hati buat Ezwan..mahukan bentuk basketwave dengan warna krim melatari badan kek..dan juntaian ros berwarna peach menghiasi atas kek..semua warna adalah pilihan tuanpunya badan..dengan kek yang agak kecil agak sukar bagiku untuk memuatkan tulisan pada kek..namun aku tidak mahu mengecewakan Dila yang mungkin mahu mengabadikan kek pertunangannya..lalu aku isikan kepingan fondant di tepi kek dan kutulis juga SELAMAT BERTUNANG..semuga bahagia milik Dila

Ahad, 12 Disember 2010

HIJAU DAUN BERONA KRIM

Jarang bertegur sapa dengan emy walaupun rumah kami bersebelahan..cuma terkadang bila bertembung hanya sekilas senyuman diberikan..suatu pagi dia datang menegurku tatkala aku menjemur kain didepan..mahu menempah kek pertunangan anak saudaranya..menetapkan warna tema hijau pucuk pisang melatari badan kek..padanan hijau dan kuning memang terbukti keserasiannya..hati berlagu riang ketika tangan menari lembut..senang sekali hati ketika itu menatap kelembutan dan paduan warnanya

Isnin, 6 Disember 2010

Tempahan dari Mak datin sorang ni..Nurul Amri menempah untuk pertunangan anak saudaranya..sof pink temanya..kali ni ramai sekali menempah kek warna pink..musim gaknya..Nurul ni selalu advance dalam pemilihan warna..tapi kali ni agak biasa..mengiringi kek ini adalah muffin..untuk makan kenduri..harga muffin mungkin akan naik pada tahun hadapan..bukan sengaja tetapi barang terlalu mahal..

Pink biru..tempahan dari Busana Pengantin Aida..Tokeyy ni kusut memanjang..tempahan banyak..tak terkejar..dengar cerita kek ini untuk orang Tembeling..harap-harap selamat ke pangkuan penerimanya

Tini berkawan baik dengan Roza jiran sebelah rumah..Roza yang memperkenalkan Tini kepadaku..bekerja di Bank Rakyat..kami jiran sekerja namun tak pernah bersua muka..ayu dan penuh kelembutan mengunjungiku bersama suatu pagi..menempah kek untuk hari pertunangannya..tema kuning dan pink idea diberi..berpandukan ciptaanku terdahulu cuma diolah sedikit agar tiada persamaan..nampak gaya Tini berpuashati dan jangan lupa datang lagi untuk hari bahagia nanti

Jumaat, 5 November 2010

SESUCI KASIH SYUHADA BUAT HANAFIE

Suatu petang syuhada datang berkunjung kerumahku bersama ibunya..suatu waktu dahulu ibunya mempunyai minimarket dikawasan perumahanku dari situlah perkenalan kami terjalin sehingga sekarang..menjemput kami sekeluarga meraikan hari bahagianya..sayang sekali tugas mencemburuiku..satu lagi hiasan kek menggunakan bunga gumpaste..bunga ciptaan sendiri yang ku buat khas buat syuhada..pink lembut berona ungu violet

Isnin, 2 Ogos 2010

Inilah tempahan kek hantaran dari akak sorang ni, dari pejabat risda..lupa ina nak tanya nama..sorry ye kak..warna yang menyegarkan mata..buat kek warna macam ni di waktu malam..mata tak mengantuk..silau..tapi kombinasi warna yang cantik bagi yang menggemari warna yang agak terang..cantik tak kotak sebegini..boleh aje..cuma tambah Rm 30,kek siap berada dalam kotak yang simple dan cantik sebegini

Selasa, 29 Jun 2010

Suka dgn kombinasi warna merah dan putih ini,naik sekali..kek dengan hiasan butterkrim dan agak ringkas dengan bunga gumpaste..hidup sekali..Nurul datang kali ini untuk adik iparnya Faezah..kek ni comel aje sebenarnya,sebab bekas yang disediakan agak comel maka terpaksalah dikecilkan keknya..sedap sekali makan kenduri dirumahnya..paling tak boleh lupa masak perut campur rebung...mmmmmmmmmmmm

Rabu, 16 Jun 2010

Tempahan dari Busana Pengantin Aida,tema biru juga dengan base putih,senang sekali mata memandang..kuntuman ros yang mendamaikan..lembut dan anggun sekali..thanks Eda