Belum pernah bersua muka,memperkenalkan diri sebagai Kak Mala..nak order kek harijadi untuk anak perempuannya,nak dibawa ke Taska katanya..si adik cemburu tiada kek untuknya..siibu meminta untuk dibuat kek yang kecil untuk mereka sekeluarga..sememangnya aku tak buat kek yang kecil bagiku ia tak sepadan dengan masa dan tenaga yg dicurah..tapi kerana Kak mala memborong dua biji kek sekaligus..aku tidaklah berkira sangat..hidup mesti ada timbang tara..suka tak dengan kelembutan pink ini..mahu kartun princess tapi tak ada dalam simpanan..apa2 pun terimakasih Kak mala dan tak lupa untuk Ayu yang jadi orang tengah dan susah payah menghantar kek..mereka semua dari Pejabat Risda Temerluh
COMEL TAK ANAK MAMA
14 tahun yang lalu