? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 22 Jun 2010

 Hari ini cuaca suram sekali,kerja pun agak tenang,sejuk mungkin..orang tak ramai mengunjungi,dengan suasana yang tenang begini,masa untuk meneroka ke alam maya terbentang didepan mata..nak cari idea baru untuk dekorasi kek yang berbaris menunggu giliran..minggu ini kusangkakan tempahan mungkin berkurangan kerana musim cuti sekolah dah berakhir..dan ini bermakna musim orang kahwin pun tamat..meleset sekali tekaan itu..sekarang ni musim orang kahwin tak menentu..minggu ni berderet sekali tempahan,dan aku dah pun menutup tempahan sepanjang minggu ini..tapi ialah ada tempahan yang memang tak mampu kutolak dari pelanggan yang memang setia sejak dari mula aku mengenal dunia kek,mereka inilah yang menyokongku..aku sangat sayang pada mereka dan aku jarang berkira baik dari segi masa,tenaga dan wang..
 Kadang-kadang terfikir sendiri sampai bila agaknya aku berada didalam dunia hiasan kek ini,ada ketika bila dihambat oleh kesibukan masa,perasaan jemu mula menerjah fikiran..memikirkan orang lain santai tanpa melakukan sebarang tugas,perasaanku mula diragut cemburu..namun bila difikirkan kembali alangkah bertuahnya dikurniakan tuhan kepandaian sebegini,tak semua memiliki..lagipun inilah rezeki suami dan anak-anak..banyak masa untuk mereka yang aku curi..memasak untuk mereka kerapkali terabai..jarang sekali dapat menunjuk ajar pelajaran anak-anak seperti mana biasa ku lakukan,cuma harapkan tuisyen saja..namun dengan langkah yang agak terhad ini aku cuba juga memenuhi ruang untuk mereka walaupun jelas terpancar keletihan diseraut wajah yang semakin menunggu hari yang semakin senja..