Penat sungguh rasanya hari ini,kepala rasa macam binggung semacam aje,mungkin semalam tak tidur menyiapkan tempahan,rezeki datang mencurah-curah hari ini,sampaikan dalam freezer seperti choc moist,cotton cheese,prune roll dan benji roll kehabisan stok..aku tak punya tenaga lagi untuk membuatnya..betul kata orang penatnya mencari rezeki yang halal,tempahan sampai bulan Jun pun dah ada..untungnya aku kerana mempunyai adik ipar dan biras yang ada butik andaman..dan kek aku ada dalam package mereka...bercerita dengan Eda..katanya dalam telefon..penatnya mencari duit,, nak menangis katanya menguruskan tempahan andaman orang..macamana ya..orang yang duduk rumah goyang kaki tanpa buat apa-apa..tak rugi rasanya..aku sendiri punya kerjaya yang cukup menjamin masa depanku tanpa perlu bersusah payah membuat kek,tapi demi minat yang mendalam dan sokongan orang tersayang inilah jalanku..tuhan dah memberi jalan dan aku tanpa menoleh kebelakang lagi terus merealisasikan apa yang dah terbentang didepan mata..semoga tuhan merestui..azam aku ingin memiliki laptop dengan duit kek diperkenankan..memiliki businesss kad dan blog makin memudahkan kerjaku....tinggal satu lagi pada tahun ni..nak kamera digital..harap-harap hadiah harijadi pada tahun ni...amin..
COMEL TAK ANAK MAMA
14 tahun yang lalu